Lelaki 56 Tahun Kahwin Remaja 17 Tahun. Ini SEBABNYA Kisah Ni Viral Di Indonesia

Posted on

Lelaki 56 Tahun Kahwin Remaja 17 Tahun. Ini SEBABNYA Kisah Ni Viral Di Indonesia | Khalifah Mail Online – Viral lagi di Indonesia, lelaki 56 tahun nikah remaja cantik berusia 17 tahun. Lepas wartawan siasatan, ini kisah sebenar yang buatkan ramai ingin tahu. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

CINTA BERMULA DI DUSUN BUAH

KOLAKA – INDONESIA. Kisah percintaan mereka bermula di dusun buah-buahan, sehinggalah membawa ke gerbang perkahwinan.

Itulah yang dikatakan jodoh, walaupun berbeza jarak umur yang jauh namun demi cinta yang suci akhirnya Badu, 56, dan Ika Nurjannah, 17, disatukan.

“Keduanya pertama kali berkenalan di dusun. Kebetulan, dusun milik Badu dan orang tua Ika Nurjannah jaraknya berdekatan di Desa Lapuya, Kecamatan (Daerah)) Samaturu, Kabupaten (Bandar) Kolaka, Sulawesi Tenggara.

Loading…

“Sejak dari situlah mungkin Badu suka dengan Ika Nurjanah, dua-duanya belum pernah menikah,” ujar Ana, jiran Badu, petik laporan Liputan 6.

BERTAMBAH CINTA BILA SELALU NAIK PERAHU

Selain di kebun, keduanya juga kerap bertemu ketika bersama menaiki perahu.

Salah satu perahu yang digunakan penduduk menyeberang sungai, diketahui hanya satu-satunya milik Badu.

“Tidak lama mereka bercinta, mungkin sudah suka sama suka, ya akhirnya langsung menikah,” tambah Ana.

Terdahulu kisah perkahwinan mereka berdua yang berlangsung pada 20 November lalu, menjadi tular di Indonesia. – Khalifah Mail Online.

Loading…


Sumber: Sinar Harian

Sumber : khalifahmailonline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *